Bantuan Keluarga Malaysia 2022

 


Kalau tahun 2021 lepas kita ada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), tahun 2022 ini pula alhamdulillah kita bakal menikmati Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). So siapa-siapa yang layak tu boleh la mula buat permohonan baru ataupun yang pernah dapat sebelum ni boleh la buat kemaskini. Status permohonan kita boleh cek sendiri dekat laman rasmi BKM ya. Okay sebelum tu, jom kita cek dulu syarat-syarat penerima bantuan BKM ni.


BKM kali ni lebih memfokuskan golongan yang kurang berkemampuan dan lebih memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat yang berpendapatan rendah. 

Bayaran BKM Fasa 1 dijangga akan dibuat seawal 1 Mac 2022 dengan diikuti dengan 3 fasa selepasnya. 


Semakan status BKM secara online telahpun dibuka di laman portal khas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mulai 1 Januari 2022. Untuk membuat semakan dan kemaskini permohonan, boleh terus klik link di bawah.

Login di sini | https://bkm.hasil.gov.my/


Klik butang Log Masuk BKM tu.
Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan semak.
Kena pastikan dulu kata kunci keselamatan tu betul baru tekan Ya.
Masukkan kata laluan dan tekan log masuk.
Boleh la klik butang semakan status untuk tengok status permohonan BKM.


Kena make sure yang status permohonan korang tu ditulis "Permohonan Diterima" okay. Kalau dah diterima maksudnya setel dah la. Kalau nak kemaskini permohonan pulak, boleh klik kemaskini. Jangan lupa upload sekali Surat Beranak anak mahupun tanggungan korang. Jumlah bayaran BKM adalah sebanyak RM350 sehingga RM2000 bergantung kepada kategori kelayakan. So jangn tunggu lagi, mohon sekarang sebab permohonan baru dan pengemaskinian maklumat hanya diterima sampai hujung bulan ni sahaja iaitu 31 Januari 2022.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua dan dimurahkan rezki selalu. Be safe everyone!

0 Comments