Anxiety

 


Kita sering kali menidakkan perasaan sendiri.
Rasa boleh self healing, rasa diri kuat, rasa boleh handle masalah sorang-sorang. Kalau ada kawan, boleh lagi lepak sembang-sembang pasal kehidupan kan? Tapi yang teruknya, kita ada kawan pun masih kesunyian. Mungkin rasa takmau bebankan orang lain dengan cerita kita, walhal meluah semua rasa tu juga salah satu cara kita bebaskan beban di dada.

Secara umumnya, ada 6 penyebab utama anxiety ni. 
1. Ketakutan
2. Kerisauan
3. Tekanan/stress
4. Ketegangan
5. Rasa malu
6. Kemarahan 

I've been there.
Dimana semua rasa di atas ni datang serentak.
Cukup seksa melawan beban fikiran yang tidak pernah berhenti, silih berganti rasa datang. Alhamdulillah, Allah Maha Baik. Dia masih kekalkan kawan dan kenalan yg baik-baik utk CikTulip. Thanks Allah.

So jom kita baca serba sedikit info berkaitan anxiety attacks ni. InshaAllah dengan adanya sedikit info dan kesedaran, mungkin kita boleh jadi salah sorang kawan yang diperlukan oleh mereka di saat mereka sangat memerlukan seseorang untuk bercerita. Believe me, kalau kena anxiety attacks, kitorang tak perlu pun benda lain selain kehadiran awak di sisi. Just be our good listener. That's all.

Selalu kena ucap pada diri yang kita takkan overthinking.
As for me, tiada lain cuma kata-kata "Allah ada" sahaja yang boleh buat saya lega. Betul, kita memang tak akan dapat orang lain untuk ubah diri kita. Apa lagi tunggu orang lain untuk tolong kita, semua kena berbalik kepada diri sendiri. 










Jadi kalau anda di luar sana pernah mengalami anxiety attacks, please seek for help. InshaAllah semua akan baik-baik saja. Doa dan minta la banyak-banyak dengan Allah supaya kita kuat dan Allah hantar pertolongan untuk kita keluar dari masalah ini. Teruslah bertahan. Take care semua <3

Post a Comment

0 Comments