Sunscreen atau sunblock?


Assalamualaikum !
Hello semua ^-^

Okay hari ni CikTulip teringin nak cari info tentang sunblock dengan sunscreen. Selama ni ingat 2 benda ni sama ja, untuk lindung kulit kita daripad kena sinar terik matahari. Jahil bethul. Ish, taboley jadi ni. So harini CikTulip spend time kejap untuk cari tahu apa sebenarnya sunblock dengan sunscreen ni, apa perlunya, apa tugasnya, apa kelebihannya?

Kalau korang tengok gambar kat atas ni pun dah tau sikit kan. Umumnya tugas utamanya ialah untuk menghalang kulit daripada terdedah kepada bahaya sinar matahari. Di mana, kesan paling jelas kalau kita terdedah dengan UV rays ni ialah :


1. Sun burn yang diakibatkan oleh UVB.
2. Wrinkles / kedutan yang bakal mempercepatkan penuaan disebabkan UVA.
3. Kanser kulit yang diakibatkan dari sinar UVB.
4. Dark circle yang juga diakibatkan dr UVA.

Ada banyak lagi kesan buruk dari terdedah kepada cahaya matahari secara terus ni sebenarnya. Sebab itulah kita kena rajin pakai sunscreen/sunblock yang akan berikan 1 lapisan perlindungan atas kulit kita. Actually UV rays ni pun berikan kesan buruk jugak pada mata kita, tp kalini CikTulip fokus untuk kulit wajah dulu ya. 


Kita yang tinggal di negara beriklim panas ni memang wajib amalkan pemakaian sunscreen mahupun sunblock. WAJIB okay! Kalau korang sayang kulit korang, nak cegah daripada dapat penyakit kulit dan nak elak masalah tua sebelum usia tu memang kena konsisten pakai. Biasanya, produk skincare/makeup yang ada bahan AHA, BHA atau apa-apa saja produk untuk jerawat adalah merupakan produk yang photosensitive. So siapa yang pakai produk photosensitive tu lagi la kena pakai sunscreen atau sunblock. Eh apa itu produk photosensitive?? Produk photosensitive tu ialah produk yang mengandungi chemical yang bertindakbalas dengan cahaya matahari. 


Actually banyak mana kita nak sapu sunscreen/sunblock ni ek??
Ikutkan kata pakar, amount yang tepat ialah dengan mengamalkan penggunaan krim pelindung matahari sebanyak 1/4 sudu kecil ataupun "two finger rule". Wajib reapply setiap 3 -4 jam. So ingat tu, tips penjagaan wajah yang sangat berharga. Kadang-kadang ada jugak yang complain kata dah pakai sunscreen pun masih sun burn kan? Kena cek balik, mesti ada salah di mana-mana tu. Cukup tak amaunt, reapply berapa kali, ada tunggu 20 minit tak sebelum keluar rumah lepas pakai sunscreen tu. ha tu semua tips cara pemakaian sunscreen yang betul.

Sunblock diformulasikan untuk melindungi dari sinaran UVB.
Sunscreen pula melindungi dari sinar UVA.
Apa maksud sinar UVA dan UVB ni??
Sinar UV (ultra violet) adalah sinaran yang terkandung di dalam cahaya matahari.
Ia adalah penyebab utama kepada masalah kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari. Sinaran UV boleh merosakkan DNA pada sel-sel kulit. Sekiranya kerosakan berlaku pada DNA gen yang mengawal pertumbuhan sel kulit, ini akan menyebabkan terjadinya kanser kulit. 


Sinar UVA adalah penyebab utama kepada kesan penuaan seperti garis-garis halus, kedut dan bintik-bintik gelap pada kulit. Sinar UVA boleh masuk ke dalam rumah dan boleh menembusi kaca tingkap mahupun kaca sliding door. 90% penuaan kulit pra-matang (premature skin aging) adalah disebabkan oleh sinaran UVA.

UVB pula adalah punca utama kepada masalah 'sun burn'. Berbeza dari sinar UVA yang akan tembus masuk ke lapisan kulit dipanggil 'dermis', sinar UVB pula hanya akan sampai ke lapisan luar dipanggil 'epidermis'. 


So korang kena ingat tau.
WAJIB pakai sunscreen pada waktu siang walaupun berada dalam rumah atau tempat tertutup/terlindung sebab cahaya matahari masih boleh menembusi. Kalau bukan cahaya matahari pun, kita masih kena pakai untuk lindung diri dari sinar cahaya dari gadget yang kita pakai sehari-hari.


CikTulip suka nak share, dalam Mary Kay ada 4 produk yang CikTulip pakai yang ada SPF. 

TimeWise 3D Day Cream SPF 30 Board Spectrum Sunscreen 48g RM139
 CC Cream Sunscreen SPF 15 29ml RM75
Honey Glow Finisher 40ml RM129
Invisible UV Defense Lotion SPF50+/PA+++ (Kulit Kering) RM115
Sheer UV Defense Milk SPF50+/PA+++ (Kulit Berminyak) RM115

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang Mary Kay?
Boleh terus contact CikTulip 

Whatsapp | Klik Sini

0 Comments