Jiran Dari Neraka

 


Rasanya penduduk dunia sekarang dah tak amalkan sangat hidup berjiran ni. Makin hari kita nampak ja jiran saling bercakaran. Jangan kata jiran, adik beradik atau mak ayah sendiri pun ada yang bergaduh pung pang pung pang jugak. Kalau ada pun jiran atau keluarga hidup berjiran aman damai, 1 dalam seribu la kot. 

Letih kan kalau nak gaduh ja? Baik hidup fokus diri dan keluarga sendiri. Ada rezeki lebih pasang la siap-siap pagar keliling rumah. Kalini jom kita tengok idea pagar privasi untuk hindar karenah jiran dari neraka. 


Buat tembok ala-ala tembok besar China ni ha, bukan alang-alang tau.


Yang bawah ni kukuh sikit.




Kadang ada jenis jiran suka jeling-jeling kita, suka sebok dok amik tau ja apa kita nak buat kan. Sampai bila ada kereta masuk, terjenguk-jenguk la dekat jendela. Takleh silap sikit, dia nak jadi minah kepoh. Kalau dah nampak tu tak boleh diam, kena sebar cerita kat orang kampung pulak. Haru dapat jiran macam tu. Baik la pasang tembok siap-siap. 🤭🤭🤭


Kita bukan apa, nak elak benda jadi lebih teruk. Daripada kita tanam benih kebencian, selagi boleh elak baik di elakkan. Bukan nak putuskan silaturrahim, tapi lebih elok buat tembok dengan niat untuk elak pergaduhan. Kadang siap terpekik terlolong. Maki dan sumpah seranah. Jiran yang spesis datang dari neraka ni patut di tembokkan aje. 

0 Comments