Heliocare 360 Oil Free Gel

 

Assalammualaikum wbt
Harini Jumaat kedua di tahun 2022.
Semoga Allah izinkan Covid-19 ni makin lemah dan lenyap dari dunia.
Yelah, sebab corona ni jugak la CikTulip sudah tidak bekerja. 
Tapi alhamdulillah, masih mampu buat kerja online dari rumah.

okay tanpa banyak bunga-bunga bicara, jom teruskan bacaan. 
Kalini CikTulip nak share berkenaan sunblock/sunscreen. 
Idea ni datang masa ambil Alisha balik dari sekolah. haha
Ya ampun, panas bangat!
Balik rumah terus try google, sunscreen/sunblock apa yg terbaik di Malaysia. 
Yeayyyy! Akhirnya CikTulip pun jumpa beberapa sunscreen terbaik. 
So post kalini CikTulip nak share tentang hasil carian kelmarin ya. 
Jom check it out!


Buat masa ini, inilah sunscreen yang paling recommended by dermatologist. Harganya mahal sikit la dlm RM90 - RM140 1 tube ni ada 50ml. Rata-rata review semua positif dan kalau fikirkan balik harga tu takdelah mahal sangat pun. Kenapa tak mahal pulak? haaaa, ni rahsianya. 1 tube tu boleh tahan sampai berbulan-bulan gais. Tu yang CikTulip suka sangat! Let say 1 tube tu tahan dalam 5 bulan kan, so RM120/5 bulan = RM24/sebulan.
Lagi-lagi hanya perlu apply sebanyak saiz 10-20 sen utk muka. 


tekstur Heliocare 360 oil free gel ni sangat cepat absorb, tak melekit dan alcohol free.

tak mahal sangat dan kalau guna dengan betul, boleh tahan berbulan-bulan tahan tak habis habis padahal selalu kena re-apply.


Memang recommended by dermatologist tapi korang kena pilih ikut jenis kulit masing-masing. Untuk sesiapa yang kulit jenis normal to dry boleh pilih yang 'gel-oil free'. Untuk oily to combination skin pulak kena ambil yang jenis cream. Tengok gambar atas ni, nak yang dry touch atau yang muka berminyak amik la fluid cream okay.

UV filter dalam Heliocare 360 ada 6

Okay mesti ada yang tertanya-tanya apa yang bestnya dengan sunscreen ni?? 
Sunscreen Heliocare 360 ni sebenarnya sejenis sunscreen generasi baru. 
Kebanyakan sunscreen di luar sana adalah jenis gred komersial tapi yang ni pulak gred perubatan yang sangat di recommanded oleh pakar. Kebanyakan sunscreen gred komersial perlu re-apply setiap 2 ke 3 jam manakala heliocare sunscreen tidak perlu re-apply kerap, cukup 2 kali sehari sahaja.

Selain itu, 2 point utama yang CikTulip nak highlight ialah :

1. Sunscreen heliocare jenis photostable

(tak rosak oleh cahaya matahari dalam masa yg singkat)

2. Sunscreen Heliocare mempunyai protection lebih menyeluruh

(UVB, UVAI, UVAII, IRA, HEVIS/ blue light)

Siapa yang benefit pakai heliocare 360??

1. Orang yang pernah pakai produk brightening/whitening 
(hilang/kurang melanin asal dalam kulit)

2. Orang yang sedang jalani rawatan utk jeragat
-tinggi risiko dpt jeragat 
(parents ada jeragat, hormonal - pregnant/breastfeeding)

3. Orang yang mempunyai kulit sensitif dgn cahaya matahari

4. Orang yang constantly exposure to sun (occupational)

5. Orang yang tak nak re-apply selalu.


Kalau korang zoom dekat gambar, nampak jelas dia tulis kat situ
"Board spectrum UVB | UVA | HEvis | IR-A"

Ada yg bertanya apa itu HEVIS dan IRA?

HEVIS - high energy visible light/blue light 
- dpt dari cahaya matahari yg masuk rumah, 
skrin digital (TV, komputer, mobile), electronic devices, 
and fluorescent and LED lighting

IRA - infra red jenis A
- dpt dari cahaya matahari dan haba

So kesimpulannya, sunscreen Heliocare 360 ni membekalkan perlindungan menyeluruh. Bukan sahaja daripada sinar UVA dan UVB yang asalnya daripada sinaran matahari dan haba, malah kta juga dapat perlindungan daripada skrin gadget yang ada dalam rumah kita sendiri. Awesome kan?? So apa tunggu lagi?? Cepat pegi dapatkan sunscreen heliocare sekarang!

Psssttt. sebelum tu.
Semua suncreen yg ada physical filter spt titanium dioxide dan zinc oxide perlu cuci sebelum ambil wudhu tau. Make sure bersihkan dahulu anggota wudhu daripada bahan makeup mahupun skincare korang okeh?

I think that's all for today,
till we meet again.
be safe, byeeeee!
^_^

Post a Comment

0 Comments